syedmokhsen161205

Hari yang baru hadir bersama tujuan hidup yang baru…

Archive for the category “Motivasi(Motivation/Self Enrichment)”

Glimpses – Cameos of Malaysian Life


Buku ni was the first book I beli dalam tahun awal tahun 2011. Saya beli di POPULAR. Harga adalah RM 32.90. First time I baca memang dah tertarik. Adibah Amin memang seorang yang sangat pandai dan teliti dalam memerhatikan behaviour orang di sekeliling. Cara penyampaian memang seperti dia bersembang dengan kita. Apa yang ditulis oleh beliau memang biasa kita tengok dan alami di mana-mana sahaja baik di kampung atau di bandar. Contohnya seperti perangai orang, kelakuan, budaya dan macam-macam lagi dari zaman dahulu sampailah sekarang. Di antara keadaan yang diceritakan adalah seperti tentang speaking, membanding-bandingkan dan tentang perangai jiran(banyak lagi). Memang teliti. Cara perspektif beliau dalam sesuatu perkara amat berbeza. Terdapat banyak moral di dalam buku ini.

Bahasa yang digunapakai memang best english literature. Kadang-kadang memang kena ada dictionary semasa membaca. Bagi yang suka memerhatikan tingkah laku orang ataupun suka memperbaiki diri sendiri memang bagus sekali untuk anda membaca buku ini. Selain itu, beliau memang pandai berjenaka ataupun jenaka secara tidak langsung. Saya boleh ketawa seorang diri ketika membacanya sebab sebahagian daripada perkara yang diceritakannya pernah terjadi pada kehidupan kita sendiri. Ada banyak lagi buku beliau yang saya belum beli lagi. I will keep track on her latest book.

Seperti kata Amir Mohamad tentang beliau, “If we had more neighbours like Adibah, none of us will ever think of moving away.”

Jadi, sesiapa yang pernah membaca buku ini ataupun karya beliau yang lain bolehlah berkongsi bersama….!!!

Rahsia Kejayaan Dengan ESQ!!!


Fenomena yang mengharukan, harta karun yang tak ternilai harganya terpendam lebih 1400 tahun tanpa dirasai kewujudannya. Harta karun yang nilai instrinsiknya tidak terhitung tingginya adalah rukun iman dan rukun Islam. Bermula dengan Rasulullah meletakkan nilai-nilai aqidah yang membawa kepada keagungan dan kejayaan Islam serta telah melahirkan generasi-generasi yang mengubah dunia dari gelap gelita kepada cahaya pemikiran.

Ternyata Rukun Iman dan Rukun Islam memiliki makna yang sangat penting membangun kecerdasan emosi dan spiritual(ESQ). Persoalan pemikiran dalam Rukun Iman dan Rukun Islam memberikan bimbingan untuk mengenal; dan memahami perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain selain  mendorong diri kita dan mengelola emosi dalam berhubungan dengan orang lain. Rukun Iman dan Rukun Islam adalah satu method membangun emotional intelligence(EQ) yang dibina di atas asas hubungan antara manusia dengan Penciptanya(SQ). Kita akan menyedari bahawa Islam bukan sahaja sekadar konsep ideal, malah ia juga suatu amal praktikal yang akan tetap aktual. Islam bukan saja ajaran langit tapi ia adalah workable.

Rukun Islam mempunyai method pengasahan atau perlatihan ESQ yang telah difahami dari Rukun Iman.

  • Syahadat sebagai mission statement
  • Solat berfungsi sebagai character building
  • Puasa sebagai self controlling
  • Zakat dan Haji yang berfungsi untuk meningkatkan kecerdasan masyarakat atau social intelligence

Setelah mental terbentuk, diteruskan dengan langkah mission statement (syahadat), kemudian pembangunan karakter dan pengendalian diri. Ketiga-tiga perkara ini akan membina keperibadian yang teguh. Setelah mempunyai keteguhan peribadi dilanjutkan dengan pembangunan kecerdasan sosial melalui zakat dan haji. Ini semua melahirkan keteguhan sosial.

 

Emotional Intelligence (kecerdasan emosi) ialah:

Kemampuan mengungkap dan mengenali perasaan kita sendiri juga perasaan orang lain. Kemampuan memotivasi diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi diri sendiri dengan baik dalam hubungan dengan orang lain.[1]

Kemampuan merasa, memahami dan secara ifektif menerapkan daya serta kepekaan emosi sebagai sumber tenaga, maklumat, hubungan dan pengaruh yang bersifat kemanusiaan.[2]

 

Pemikir-pemikir Barat yang memperkatakan tentang EQ hanya meliputi pemahaman dan pengetahuan sahaja tanpa mampu untuk mempertingkatkan kemampuan EQ seseorang. Ini kerana perlaksanaan pemahaman mereka hanya sekadar training jangka pendek tidak dilanjutkan dengan kaedah perlatihan yang komprehensif. Di dalam Islam pemahaman tentang kecerdasan emosi yang diperolehi melalui Rukun Iman boleh dilatih dan dipertajamkan melalui aplikasi syahadat, solat, puasa, zakat dan haji yang dilakukan secara berulang dan terus menerus.

 

Menurut kajian tingkat kecerdasan intelektual (IQ) adalah relatif tetap. Manakala kecerdasan emosi (EQ) boleh terus meningkat sepanjang hidup kita.[3] Ini menunjukkan kecerdasan emosi berkembang seiring dengan usia dan pengalaman dari kanak-kanak hingga dewasa. Namun pemikir-pemikir Barat belum mengetahui secara pasti bagaimana cara yang benar dan tepat untuk melaksanakan hal tersebut.

 

Tetapi bagaimana?

Rukun Islamlah jawapannya, kerana syahadat, solat, puasa, zakat dan haji adalah bentuk perlatihan yang mampu meningkatkan tahap kecerdasasn emosi. Rukun Islam adalah transformasi dari Rukun Iman. Rukun Islam merupakan suatu langkah nyata yang lahir dari rukun iman(yang terbentuk di alam pemikiran). Rukun Islam juga merupakan suatu bentuk training yang dilakukan sepanjang hidup. Suatu latihan yang diwajibkan oleh Allah, Pencipta emosi. Di sinilah akan terbentuk kecekapan mental yang hebat.

 

Turutan dalam rukun iman dan rukun Islam sangat sistematik serta terikat kuat dengan kesatuan yang Esa. Bermula dengan pembangunan:

  • Prinsip Landasan (prinsip bintang)
  • Prinsip Kepercayaan
  • Prinsip Kepemimpinan
  • Prinsip Pembelajaran
  • Prinsip Masa depan, hingga
  • Prinsip Keteraturan

 

Kecerdasan intelektual (IQ) hanyalah satu kemampuan dasar. Ahli matematik memiliki IQ yang sangat tinggi, tetapi ilmu tersebut tidak banyak manfaatnya jika ia memiliki ESQ yang rendah. Ia memerlukan kreativiti, visi, komitmen, integriti dan kemampuan bertenaga dengan orang lain serta daya tahan mental untuk menghadapi cabaran. Ini semua terangkum dalam kecerdasan emosi dan spiritual yang merujuk kepada rukun iman dan rukun Islam dan bersumberkan wahyu.

Kelebihan kemampuan kognitif murni pada seorang pekerja hanya sekadar 27% berbanding pada orang biasa. Sedangkan keunggulan dalam kecekapan emosi mencapai lebih 53%. Ertinya kecekapan emosi dua kali ganda berperanan dalam menjadikan seseorang itu berprestasi tinggi berbanding kepintaran murni dan keahlian teknikal.[4]

 

Selama ini berlaku dualisme yang menyatakan rukun iman dan rukun Islam untuk keperluan akhirat manakala ajaran Barat untuk kepentingan dunia. Ada orang yang cenderung kepada kepentingan akhirat sehingga mengabaikan tugasnya semasa di dunia (golongan sekular kanan). Satu lagi golongan yang terlalu berorientasikan  duniawi yang terus mengabaikan kepentingan akhirat atau spiritual (golongan sekular kiri). Sepatutnya mereka berada pada titik temu seimbang. Kejayaan dunia dan akhirat dapat dicapai. Kebahagiaan zahir dan batin dapat diperolehi. Inilah manusia unggul hasil celupan Allah melalui mekanisme rukun iman dan rukun Islam.

 

Tahap kecerdasan emosi seseorang sangat bergantung kepada keupayaannya untuk memahami perasaan diri sendiri dan perasaan orang lain. Apabila kita mempelajari dan merasakan satu persatu dorongan suara hati berdasarkan Al-Asma’ al-Husna  [God Spot pada prinsip bintang], maka kita mampu memahami setiap jenis dorongan dan suara hati kita dengan jelas. Asma al-Husna merupakan sumber untuk mengenali dan memahami bahagian yang paling dalam suara hati kita juga perasaan serta suara hati orang lain. Asma’ al-Husna (God Spot) adalah dasar dan kunci dari Emotional and Spiritual Intelligence dalam membangun keteguhan peribadi dan seterusnya keteguhan sosial.

Alam semesta dan segala isinya tercipta kerana dorongan Asma’ al-Husna. Hukum-hukum fizik dan hukum sosial tercipta kerana suara hati Allah. Kemajuan sains dan teknologi tercipta kerana suara hati Allah. Suara hati kita semua bersumber dari suara hati Allah Yang Maha Mulia.


[1] Goleman, Daniel, Working with Emotional Intelligence, New York: Bantam Books, 1999  hal.375

[2] Cooper, Robert K dan Ayman Sawaf, Executive EQ: Kecerdasan Emosional Dalam  Kepemimpinan dan Organisasi. Jakarta: PT. Gramedia Pustaka Utama, 1998 hal. 15

[3] Goleman, hal. 285

[4] Goleman, hal. 516

Hidup…


Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya – Filem Laskar Pelangi

Jangan


Berkenaan dengan ‘jangan’, jika ada sesiapa ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut atau ingin meningkatkan diri sendiri , bolehlah membaca buku yang saya pernah beli dan baca iaitu ’51 Jangan’ daripada seorang penulis yang bernama Idris Mohd Said. Harga berpatutan kalau tak silap RM25(sila periksa lagi dekat MPH/Popular/kedai-kedai buku yang lain). Buku ni memang sangat bagus kerana banyak perkara-perkara yang kita lalui setiap hari tetapi tidak diendahkan. Perspektif beliau amat bagus sekali dalam menerangkan setiap ‘jangan’.

Sebahagian dari isi buku ini hasil Idris Mohd. Said berbunyi “…Pepatah Tionghoa ada menyebut, “Jika tidak ada kereta kuda, carilah kuda, jika tidak ada kuda, berjalanlah kaki, nanti di dalam perjalanan boleh mendapat kuda.”… Utamakan langkah pertama, bermulalah dengan apa yang ada di tangan….” Ini adalah sebahagian dari isi yang menarik perhatian saya dan ada banyak lagi di dalamnya. Bagi pendapat saya, penerangan beliau di antara yang terbaik sekali. Cara pendekatannya seperti berinteraksi sendiri dengan pembaca. Tambahan pula, kebanyakan apa yang diperkatakannya amat diketahui oleh oleh kita, cuma sesetengah daripada kita sahaja yang tidak menghiraukan perkara-perkara tersebut.

Di samping itu, apa yang beliau selitkan di dalam karyanya memang amat berguna dan beliau mengungkapkan ‘jangan’ memang pernah kita dengar sejak kecil sehinggalah dewasa ini dan sampai bila-bila pun mengikut peringkat umur. Kalau difikirkan dari dasarnya, memang agama Islam sudah men-state-kannya dari awal-awal lagi iaitu “Amar makruf nahi mungkar”. Walaupun sesuatu benda itu bagi anda tidak ada apa-apa tetapi seperti yang terdapat di dalam karya Idris Mohd Said, “…kebocoran yang kecil boleh menenggelamkan kapal yang besar.”

Penulis ini adalah di antara penulis yang amat saya minati. Insya’Allah, dengan usaha kita untuk mempertingkatkan diri kepada yang lebih baik maka sukar untuk kita terjerumus ke arah anasir-anasir yang tidak diingini. Karya Idris Mohd Said ini adalah di antara karya yang mengandungi ilmu yang amat berguna untuk membimbing saya dan semua. Semoga beliau terus meningkat dan berjaya begitu juga kita semua.

Jika ada sesiapa yang pernah membaca ataupun mempunyai perspektif tersendiri mengenai ‘jangan’ bolehlah berkongsi atau bertukar-tukar pendapat…!

Post Navigation