syedmokhsen161205

Hari yang baru hadir bersama tujuan hidup yang baru…

Archive for the tag “buku”

Jangan


Berkenaan dengan ‘jangan’, jika ada sesiapa ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut atau ingin meningkatkan diri sendiri , bolehlah membaca buku yang saya pernah beli dan baca iaitu ’51 Jangan’ daripada seorang penulis yang bernama Idris Mohd Said. Harga berpatutan kalau tak silap RM25(sila periksa lagi dekat MPH/Popular/kedai-kedai buku yang lain). Buku ni memang sangat bagus kerana banyak perkara-perkara yang kita lalui setiap hari tetapi tidak diendahkan. Perspektif beliau amat bagus sekali dalam menerangkan setiap ‘jangan’.

Sebahagian dari isi buku ini hasil Idris Mohd. Said berbunyi “…Pepatah Tionghoa ada menyebut, “Jika tidak ada kereta kuda, carilah kuda, jika tidak ada kuda, berjalanlah kaki, nanti di dalam perjalanan boleh mendapat kuda.”… Utamakan langkah pertama, bermulalah dengan apa yang ada di tangan….” Ini adalah sebahagian dari isi yang menarik perhatian saya dan ada banyak lagi di dalamnya. Bagi pendapat saya, penerangan beliau di antara yang terbaik sekali. Cara pendekatannya seperti berinteraksi sendiri dengan pembaca. Tambahan pula, kebanyakan apa yang diperkatakannya amat diketahui oleh oleh kita, cuma sesetengah daripada kita sahaja yang tidak menghiraukan perkara-perkara tersebut.

Di samping itu, apa yang beliau selitkan di dalam karyanya memang amat berguna dan beliau mengungkapkan ‘jangan’ memang pernah kita dengar sejak kecil sehinggalah dewasa ini dan sampai bila-bila pun mengikut peringkat umur. Kalau difikirkan dari dasarnya, memang agama Islam sudah men-state-kannya dari awal-awal lagi iaitu “Amar makruf nahi mungkar”. Walaupun sesuatu benda itu bagi anda tidak ada apa-apa tetapi seperti yang terdapat di dalam karya Idris Mohd Said, “…kebocoran yang kecil boleh menenggelamkan kapal yang besar.”

Penulis ini adalah di antara penulis yang amat saya minati. Insya’Allah, dengan usaha kita untuk mempertingkatkan diri kepada yang lebih baik maka sukar untuk kita terjerumus ke arah anasir-anasir yang tidak diingini. Karya Idris Mohd Said ini adalah di antara karya yang mengandungi ilmu yang amat berguna untuk membimbing saya dan semua. Semoga beliau terus meningkat dan berjaya begitu juga kita semua.

Jika ada sesiapa yang pernah membaca ataupun mempunyai perspektif tersendiri mengenai ‘jangan’ bolehlah berkongsi atau bertukar-tukar pendapat…!

Advertisements

Post Navigation