syedmokhsen161205

Hari yang baru hadir bersama tujuan hidup yang baru…

Archive for the tag “ekspidisi”

Perjalanan Menjejaki Bukit Broga — Gunung Tok Wan


Saya pergi ekspidisi ini bersama kawan-kawan saya dalam awal tahun 2011. Kami bercadang ke Bukit Broga lalu terus mendaki G. Tok Wan. Perjalanan adalah dari Subang Jaya kerana assembly point kami adalah dekat Jak Othman Muay Thai Kickboxing Studio. Boleh tahan lama perjalanannya. Tetapi, destinasi tidak penting sangat, yang penting ialah perjalanan. Kami juga ada melepasi The University of Nottingham. Dah sampai di sana iaitu pada hari Ahad, orang memang ramai, saya pun tak tahu macam mana bukit Broga kelihatan macam pasar,  maksud saya disini ialah tempat yang jauh ini pun orang boleh pergi ramai-ramai macam pergi pasar.

Bukan setakat itu, ada yang pakai selipar dan ada juga yang tak pakai selipar pun. Ramai juga yang hebat-hebat kami jumpa semasa pendakian. Itu tak menghalang, kami teruskan pendakian walau seramai mana pun manusia di sana. Memang cantik tempat nya. Di mula-mula pendakian sahaja yang membosankan sikit sebab tak nampak scenery lagi. Tapi, tak sampai pun 1/2 jam maka sedikit demi sedikit kami pun nampak scenery yang cantik and do you know what was in my head at that time? “Macam bukan kat Malaysia…cantik, memang cantik (macam tak percaya tapi memang ada jumpa juga tempat cantik yang lain, nanti cerita dekat tajuk aktiviti yang baru)”.

Ramai juga photographer atau penggemar-penggemar DSLR dan LOMO yang kami jumpa tengah fokus tangkap gambar. Model pun ada. Tetapi, sayangnya, ada jugak yang meninggalkan sisa makanan dekat tempat yang seindah itu. Saya pun tak tahu apa yang hendak diperkatakan. Setahu saya tak ada pula kedai runcit atau 7E dekat atas tu. Kalau boleh tolonglah sesama kita menjaga kebersihan. Sambung lagi cerita, kami teruskan perjalanan sampai ke puncak Broga. Kecuramannya boleh tahan juga sehingga boleh menggegarkan lutut orang yang tidak biasa dengan exercise kaki. Dah sampai dekat atas, kami kena beratur pula untuk tangkap gambar dekat signboard Broga (dekat atas tempat tinggi-tinggi pun ada juga tempat kena queue?)

Setelah berehat dalam 15 minit, kami pun terus ke laluan G. Tok Wan. Broga dengan Tok wan ni kembar, jadi boleh terus sambung dari puncak Bkt Broga.

Langkah demi langkah, pendakian tetap diteruskan walaupun saya disengat oleh sejenis serangga yang tidak dikenali spesisnya. Ketika pendakian itu, saya terasa rusuk kanan saya disengat lantas tangan kiri saya menyambarnya lalu dicampak ke tepi tanpa melihat apakah serangga itu. Berbisa sangat berbisa. Saya teruskan juga the journey to Mount Tok Wan’s peak. Semasa pendakian, kulit saya mula gatal-gatal dan timbul-timbul merah, memang macam peta dunia. Rupanya allergy dari toksin serangga itu. Puncak masih jauh, saya pula gatal-gatal dan pedih. Pelbagai rintangan pula yang perlu diharungi, naik bukit turun bukit, melepasi kayu besar, panjat batu dan macam-macam lagi. Ketika itulah terlintas di fikiran saya tentang sukarnya kehidupan ini. Tambahan pula, tindak balas peluh menjadikan lagi gatal dan pedih itu. Tuhan saja yang tahu perasaan saya menahan gatal yang tidak hilang-hilang apabila digaru. Jadi saya tahan sebab, jika saya terus menggaru, kulit saya akan luka. Kawan saya Nizam bagi ubat untuk saya apply-kan pada gatal. Lagilah pedas rasanya. Rasa nak menitiskan air mata pun ada, tetapi saya tetap tabah kerana objektif saya adalah untuk sampai ke atas puncak sana dan balik untuk berjumpa doktor. Tidak lama selepas itu, kami tiba di puncak. Pemandangan di puncak G. Tok Wan sememangnya tidak menarik kerana, memang tidak ada pemandangan sebab dilitupi oleh hutan. Macam yang saya katakan iaitu perjalanan lebih penting dari destinasi.

Selepas itu, kami pun turun cepat-cepat kerana saya tidak sabar untuk berjumpa doktor. Berjam-jam juga saya menahan perit akhirnya sampai di klinik area Sunway. Bukan tiba di klinik terus jumpa doktor tapi kena menunggu giliran pula. Memang gelisah waktu itu walaupun lega kerana sudah sampai di klinik. Apabila nama saya dipanggil saya terus lega(baru kena panggil nama sebab dah tak tahan). Doktor pun meng-explain-kan apa sebenarnya terjadi. Memang ada pelbagai spesis serangga yang menyuntik toksin atau racun ke atas mangsa. Doktor memberi saya satu dos suntikan. Doktor beritahu saya bahawa dalam 10 minit gatal terus hilang. Saya tak percaya sangat tetapi, selepas 10 minit memang betul-betul hilang. Takkanlah dos yang bernilai hampir RM100 tak berkesan kan? Saya terus mengantuk dalam kereta kawan saya. Mata saya memang dah tak boleh nak buka sangat, macam kena sepit sampai susah sangat nak buka. Memang saya tidak dapat mengawal rasa mengantuk tu. Sampai saja di rumah dekat area Seksyen 7 Shah Alam, saya terus mandi dan tidur. Tetapi, kesan gatal yang timbul-timbul macam peta itu tidak hilang. Saya rasa dalam seminggu mungkin akan hilang jadi malulah saya hendak keluar rumah. Gatal tu termasuk kawasan muka(kening, telinga pipi, dagu).

Bangun pada keesokan harinya, memang macam cerita Spiderman, saya terkejut melihat saya sendiri dalam cermin, tetapi bukanlah body menjadi ketul-ketul tetapi disebabkan kulit saya memang clear. Macam tak pernah kena gatal seperti hari semalamnya. Saya bersyukur kepada Allah kerana menyembuhkan saya secepat-cepatnya.

Kepada sesiapa yang ingin mendaki Bkt Broga dan G. Tok Wan, maka berhati-hatilah dengan serangga atau ‘benda-benda’ yang lain. Juga jangan lupa untuk melayan Sup Power!!! selepas balik dari Bukit Broga.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca nukilan pengalaman saya…jika ada apa-apa yang hendak dikongsikan bersama it is free for you to voice it.

Advertisements

Post Navigation