syedmokhsen161205

Hari yang baru hadir bersama tujuan hidup yang baru…

Archive for the tag “franchise”

Penerangan Peluang Perniagaan


Pada 18hb Mac 2012, saya telah menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat & Penerangan Peluang Perniagaan. Program ini adalah program yang berkenaan dengan KPDNKK. Y.B Datuk Hajah Rohani Bt. Hj. Abd. Karim iaitu Timb. Mentr. Perdagangan Dalam Negeri & YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali N7 Samariang telah bersama menjayakan program ini. Ramai juga yang hadir dalam lebih 50 orang.

Banyak pengalaman yang saya dapat dari majlis ini berkaitan:

  • Harta Intelek
  • Program Kesedaran Pengguna – Hak TTPM – Tribunal Tuntutan Pengguna
  • Pembangunan Perniagaan (TUKAR)
  • Francais (Mikro Francais)
  • PNS (Basket of Business Opportunity)

1. Harta intelek

– mereka menerangkan berkaitan harta atau produk anda yang harus didaftarkan bagi mengelak peniruan atau pengambilan produk oleh pihak lain.

– tidak rugi mendaftar kalau tidak anda juga yang berputih mata. Hati-hati!!

2. Program Kesedaran Pengguna – Hak TTPM – Tribunal Tuntutan Pengguna

– penerangan mengenai hak anda sebagai pengguna iaitu selepas anda membeli barangan.

– mereka juga menerangkan apa yang anda perlu bawa ketika hendak membuat aduan mengenai barangan atau perkhidmatan yang anda tidak puas hati.

– dokumen adalah seperti barang bukti iaitu = iklan(cth; gerenti kurus dalam 1 bulan), resit pembayaran dll.)

– ketika anda membuat pembayaran perlulah membayar RM5.

– untuk lebih lanjut dan terang sila buka www.1pengguna.com

3. Pembangunan Perniagaan (TUKAR)

– program ini seperti yang saya faham adalah untuk membantu peniaga rumah kedai yang sudah beroperasi(saya tidak ingat untuk tempoh operasi).

-mereka boleh apply untuk program TUKAR untuk upgrade kedai seperti cat baru, susun atur baru, pencahayaan dan lain2.

– bantuan ini amat berguna bagi mereka yang ingin mengembangkan perniagaan!!!

4. Francais(Mikro Francais)

– Pembiayaan diberikan iaitu Minimum RM5,000- Maximum RM50,000.

– Sebarang keterangan lanjut saya sarankan anda pergi sendiri ke pejabat PNS atau website mereka.

5. PNS (Basket of Business Opportunity)

– ini untuk peniaga kecil yang sudah berniaga betahun-tahun tetapi tidak berkembang.

– modal akan diberikan di bawah RM25,000 sahaja.

– peluang ini untuk anda mengembangkan perniagaan anda!!!

– Yang tidak mempunyai lesen BOLEH memohon seperti stall burger, pau, biskut raya dll.

– untuk FEB-JULAI SAHAJA!!!!!

– Silalah ke pejabat & website PNS!

Klik link di bawah untuk ke web PNS!!!

Perbadanan Nasional Berhad

Advertisements

Post Navigation